DSV Borak Dengan Linda Jasmine Tentang Que Haidar Raih Tumpuan, Cik B Tampil Respons – “Minta Maaf, Mak Saya Tak…”

DSV Borak Dengan Linda Jasmine Tentang Que Haidar Raih Tumpuan, Cik B Tampil Respons – “Minta Maaf, Mak Saya Tak…”

Tindakan usahawan terkenal, Datuk Seri Vida (DSV) yang secara spontan bercerita mengenai pelakon, Que Haidar terhadap bekas isterinya, Linda Jasmine meraih tumpuan ramai.

Menerusi video tular tersebut, DSV memaklumkan kepada Linda dia sempat bertemu dengan Que dan menceritakan keperibadian aktor tersebut dikatakan sangat baik.

Namun begitu, keadaan menjadi sedikit janggal apabila Linda memberitahu kepada DSV dia sudah lama tidak berjumpa dengan bekas suaminya itu, lalu pantas menukar topik perbualan.

Dalam masa sama, anak DSV iaitu Cik B tampil memberi respons terhadap perkara tersebut mengatakan ibunya tidak mengetahui isu semasa masa kini.

“Minta maaf semua, ibu saya tak tahu isu semasa sebab dia tak ada Threads,” katanya ringkas.

Sebelum ini, nama Linda menjadi sebutan selepas didakwa menyentuh isu rumah tangganya bersama Que.

Bagaimanapun, sehingga kini Que masih berdiam diri dan dilihat tidak aktif di media sosial.

Scroll to Top