Oh! Tidak
Resolusi pecat Donald Trump diperkenalkan dengan 13 tuduhan termasuk jenayah perang dan salah guna kuasa.
Mampus lah hang wahai si kuning! Amerika Syarikat nampaknya buat satu resolusi untuk pecat Donald Trump yang diperkenalkan oleh ahli Demokrat.
Kali ni bukan tuduhan biasa, tapi melibatkan 13 perkara serius yang boleh gugat kedudukan haram jadah ni sebagai presiden AS.
Ohmedia tengok, antara isu yang dibangkitkan termasuk dakwaan jenayah perang, penyalahgunaan kuasa dan tindakan yang dianggap melanggar perlembagaan negara. Memang panas!
Resolusi pecat Donald Trump sebagai presiden AS

Menurut laporan, resolusi ini secara rasmi menuduh Donald Trump melakukan pelbagai kesalahan besar sepanjang pentadbirannya. Ia termasuk dakwaan memulakan peperangan dan terlibat dalam pembunuhan.
Resolusi menuduh Donald J Trump, Presiden AS, atas jenayah tinggi dan salah laku.- Katanya.
Bukan itu saja, dokumen tersebut juga menyatakan Trump didakwa terlibat dalam jenayah perang dan tindakan lanun di laut lepas, yang dianggap melanggar undang-undang antarabangsa.
Dakwaan campur tangan ketenteraan tanpa kebenaran

Antara tuduhan paling berat ialah tindakan Trump yang didakwa melancarkan konflik dengan beberapa negara tanpa kelulusan Kongres.
Resolusi itu menyebut beliau telah memulakan permusuhan terhadap Iran, Yaman, Lubnan, Syria, Nigeria dan Gaza. Selain itu, Trump juga didakwa mengancam penggunaan tentera terhadap Panama, Colombia, Cuba dan Greenland.
Beliau telah bertindak tanpa kebenaran kongres yang diperlukan oleh perlembagaan.- Katanya.
Tuduhan pelanggaran perlembagaan dan hak rakyat

Dalam masa sama, Demokrat turut menuduh Trump menggunakan kuasa ketenteraan dalam penguatkuasaan undang-undang domestik. Ini termasuk penahanan dan pengusiran yang didakwa tidak mengikut perlembagaan.
Selain itu, beliau juga dituduh bertindak balas terhadap kebebasan bersuara serta persatuan yang dilindungi undang-undang. Malah, ada juga dakwaan bahawa tindakan beliau telah mensabotaj kedaulatan undang-undang.
Pssttt! Apa pun yang berlaku, isu macam ni bagi kita satu peringatan penting. Kuasa besar datang dengan tanggungjawab besar. Jadi sebagai rakyat, penting untuk kita sentiasa peka dan faham apa yang berlaku supaya tak mudah terpengaruh dengan mana-mana pihak.
Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




