Usahawan kosmetik, Mohd Safiuddin Ilias atau lebih dikenali sebagai Safiey Illias bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap bapa kepada pempengaruh media sosial, Aisar Khaled.
Menerusi perkongsian di platfrom Threads, Safiey kelihatan berang apabila digelar ‘syaitan’ oleh bapa kepada pempengaruh itu.
“Saya mohon kepada @aisar_khaled sampaikan kepada ayah awak.
“Peguam saya akan hantar LOD (Letter Of Demand) RM30 juta kepada ayah awak. Jangan jadi kacang lupakan kulit,” katanya.

Bagaimanapun, menerusi hantaran berlainan pula, Safiey turut berkongsi tangkap layar sesi live miliknya di mana ayah kepada Aisar sekali lagi meninggalkan komen berbentuk sindiran terhadapnya.
Menurut Safiey, ini merupakan kali kedua komen seumpama itu diterima ketika dia sedang bersiaran langsung.
“Ini adalah komen kali kedua semasa live kedua saya. LOD diteruskan RM30 juta.
“Semoga @aisar_khaledd nasihatkan ayah ya. Terima kasih.
“Jangan jadi kacang lupakan kulit. Saya mungkin tidak baik tapi ayah saya tidak pernah berseluar pendek depan cucu dan menantu.





