“Bukan Tujukan Sesiapa” – Kaka Azraff Perjelas Perkongsian Threads, Mahu Buka Ruang Kesedaran

“Bukan Tujukan Sesiapa” – Kaka Azraff Perjelas Perkongsian Threads, Mahu Buka Ruang Kesedaran

Penyanyi, Kaka Azraff tampil menjelaskan perkongsiannya di platform Threads bukan ditujukan kepada mana-mana individu, sebaliknya sekadar berkongsi pandangan berdasarkan pemerhatian dan pengalaman hidup.

Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 37, berkata, apa yang ditulis itu lahir daripada corak situasi yang sering berlaku dalam kehidupan seharian, sama ada melibatkan hubungan, tempat kerja mahupun keluarga.

“Apa yang aku kongsi di Threads ni bukan untuk tujukan kepada sesiapa. Ia datang daripada pemerhatian, pengalaman dan juga corak yang wujud dalam banyak situasi dalam relationship, tempat kerja, atau keluarga.

“Kalau ada yang rasa dekat dengan apa yang aku tulis, mungkin sebab ini adalah realiti yang ramai sedang lalui,” katanya.

Dalam masa sama, Kaka menegaskan kepentingan kesedaran dalam membantu seseorang memahami dan menghadapi sesuatu situasi dengan lebih baik.

“Bagi aku, awareness itu penting supaya kita boleh kenal pasti, acknowledge apa yang berlaku dan belajar bagaimana untuk berhadapan dengan situasi seperti ini dengan lebih baik.

“Ini juga bukan tentang melabel sesiapa sebagai buruk. Kadang-kadang dengan kesedaran, kita bukan saja lindungi diri sendiri, tetapi mungkin juga bantu orang lain untuk sedar dan berubah,” katanya.

Tambah pelantun lagu Gila itu, niat utama perkongsian tersebut hanyalah untuk membuka ruang kesedaran, bukannya untuk menuding jari kepada mana-mana pihak.

“Niat aku hanya untuk berkongsi dan membuka ruang kesedaran, bukan untuk menunding jari,” katanya.

Artikel Berkaitan: “Kami Masih Suami Isteri” – Kaka Azraff Akhirnya Buka Mulut Dakwaan Rumah Tangga Bergolak

Scroll to Top