“Saya Yakin Apa Yang Saya Buat Adalah Benda Betul”

“Saya Yakin Apa Yang Saya Buat Adalah Benda Betul”

Pelakon Fattah Amin tampil mempertahankan tindakannya adalah tepat dan berlandaskan alasan yang kukuh.

Menerusi sesi siaran langsung, Fattah berkata orang luar boleh berkata apa saja namun Allah tahu segalanya dan apa yang dia lakukan adalah perkara betul.

BACA: Fattah Amin Bakal Fail Semula Permohonan, Dakwa Fazura 6 Kali Langgar Perintah Mahkamah

“Kalau bukan keluar daripada mulut saya maksudnya itu adalah daripada mulut orang lain dan kalau perkara tak betul, menjawab nanti di akhirat.

“Zaman sekarang ini memang mudah untuk fitnah. Kalian boleh cakap apa saja, tapi Allah maha melihat. Apa yang saya buat, saya yakin ia adalah perkara yang betul.

“Kalau saya tidak buat dan orang yang buat fitnah itu antara dia dengan Allah. Saya buat perkara itu bersebab,” katanya.

Sementara itu, Fattah turut mengingatkan buat mereka yang membuat tuduhan tidak benar serta tidak mudah percaya dengan perkara tidak sahih.

“Jangan kita berfikir atau berkata perkara yang bukan-bukan. Seperti yang sedang tular di media sosial, saya tidak akan bercakap atau melakukan perkara yang tidak baik,” katanya.


Scroll to Top