“Keutamaan Saya Hanyalah Kegembiraan, Keselamatan & Kesejahteraan Fatima”- Fazura Berlapang Dada, Terima Permohonan Maaf Individu Kongsi Video Tular

“Keutamaan Saya Hanyalah Kegembiraan, Keselamatan & Kesejahteraan Fatima”- Fazura Berlapang Dada, Terima Permohonan Maaf Individu Kongsi Video Tular

Pelakon dan usahawan, Fazura memilih untuk berlapang dada apabila menerima permohonan maaf daripada seorang individu yang sebelum ini memuat naik video tular melibatkan anaknya, Nur Fatima Aisya.

Individu berkenaan tampil memohon maaf secara terbuka atas kenyataan yang dibuat, yang didakwa secara tidak sengaja mencetuskan pelbagai tuduhan serta naratif kurang menyenangkan terhadap Fazura.

“Saya benar-benar memohon maaf, @missfazura atas kenyataan saya yang mungkin secara tidak sengaja membawa kepada tuduhan dan naratif yang menyakitkan hati yang ditujukan kepada anda. Termasuk dakwaan tentang cybertroopers dan andaian lain.

“Sebagai peminat, saya sepatutnya lebih sedar bahawa video itu boleh mencetuskan emosi anda, terutamanya sebagai seorang ibu.

“Niat saya hanya untuk menyerlahkan bahawa Fatima juga mempunyai perasaan. Dia menjadi letih,  mengalami emosi dan itulah sebab saya berkongsi video berkenaa,” luahnya.

Artikel Berkaitan: “She Is Not An Object, She Is My Child!” – Fazura Luah Rasa Kecewa

Mengulas mengenai perkara itu, Fazura bagaimanapun menerima permohonan maaf tersebut dengan hati terbuka, selain menegaskan keutamaannya kini hanya tertumpu kepada anaknya.

“Semua terjadi dengan izin Allah SWT dan petunjuk-Nya. I thank you for enlightening me on how my daughter was being treated.

“Keutamaan saya sentiasa hanya tentang kebahagiaan, keselamatan dan kesejahteraannya. Semoga Nur Fatima Aisya sentiasa dalam lindungan dan hidayah Allah SWT. Aamiin,” balasnya.

Scroll to Top