Pelakon cantik, Zahirah MacWilson menjadi perhatian netizen apabila berkongsi satu vlog pendek menunjukkan rutin hariannya termasuk melaksanakan solat fardhu yang diqada.
Persoal isu qada Zohor
Screenshot
Dalam hantaran yang dimuat naik semula di Threads, seorang pengguna meluahkan keterujaan terhadap rutin harian pelakon berusia 31 tahun itu, yang dianggap seimbang antara urusan dunia dan akhirat.
Zahirah dilihat tidak pernah mengabaikan solat fardhu biarpun terikat dengan pelbagai aktiviti dan jadual kerja yang sangat padat.
Screenshot
Namun, perhatian netizen tertumpu apabila isteri kepada aktor Aiman Hakim Ridza itu terpaksa mengqada solat Zohor akibat komitmen kerja yang tidak dapat dielakkan.
Rata-rata warganet meninggalkan pesanan agar solat fardhu tidak ditinggalkan tanpa sebab yang dibenarkan.
Artikel lain: Zahirah Macwilson, Aiman Hakim pertama kali kongsi foto sekeluarga
Masih berdosa

Orang dekat Allah, memang hidup tenang

Jatuh haram

Sumber: Threads bazaar_madu_3




