Lelaki 'gila judi' tergamak bunuh, bakar dan kerat tubuh ibu kandung

Lelaki 'gila judi' tergamak bunuh, bakar dan kerat tubuh ibu kandung

PALEMBANG – Seorang lelaki tergamak membunuh kejam ibu kandungnya hanya kerana ketagihan bermain judi dalam talian.Perbuatan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan AF, 23, di Desa Karang Dalam, Kecamatan Pulau Pinang, Kabupaten Lahat di Sumatera Selatan, Indonesia susulan penemuan bahagian tubuh mangsa yang dikerat-kerat dan ditanam di sebuah kebun pada Rabu.Kasat Reskrim Polres Lahat, AKP Muhammad Ridho Pradani berkata, siasatan awal mendapati pelaku naik angin kerana tidak diberikan wang untuk bermain ‘judi slot’.”Pada mulanya, anak beranak itu bertengkar sebelum AF mengambil sebilah parang lalu menetak leher ibunya beberapa kali hingga kepala mangsa terputus.”Suspek kemudiannya cuba membakar jasad ibunya dengan petrol untuk menghilangkan bukti perbuatan jenayahnya. Setelah api padam, dia masih tidak berpuas hati dan kembali dengan membawa empat karung plastik dan mengerat tubuh ibunya kepada beberapa bahagian,” jelasnya.Demi memastikan bukti lenyap sepenuhnya, AF mengupah dua rakannya sebanyak 300,000 rupiah (RM69) untuk menggali lubang di sebuah kebun terletak kira-kira 20 meter dari rumah mangsa.Difahamkan, kes itu terbongkar selepas ahli keluarga yang lain curiga dengan kehilangan mangsa selama hampir seminggu.Penduduk setempat akhirnya mendedahkan aktiviti menggali tanah atas arahan AF selain bau menyengat yang mencurigakan.Pelaku ditahan di sebuah rumah sewa di Kelurahan Bandar Agung untuk membantu siasatan setelah dia dengan selamba mengaku telah membunuh ibunya. – Agensi

Scroll to Top