
Tangkap layar dua wanita bergaduh di hadapan keranda seorang lelaki selepas tersedar rupa-rupanya ‘dimadukan’. Foto Jam Press/The Sun UK.
MEXICO – Tular di media sosial memaparkan dua wanita berkelahi di hadapan keranda berisi jasad seorang lelaki selepas menyedari mereka sebenarnya bercinta dengan individu yang sama.
Memetik laporan akhbar The Sun UK pada Rabu lalu, dalam kejadian di bandar Veracruz, kedua-dua wanita itu berada di majlis pengebumian lelaki terbabit.
Salah seorang daripadanya kemudian berbisik perlahan kepada si mati dengan mengatakan ‘sayangku, saya akan merindui awak’.
Situasi bertukar panas apabila wanita kedua kemudiannya tampil ke hadapan dan bertanya tentang siapa dan apakah status perempuan tersebut pada si mati.
Selepas masing-masing mengakui sebagai kekasih kepada si mati, mereka bergaduh dan saling menyerang sehingga penutup keranda terbuka sehingga menampakkan jasad mendiang.
Beberapa tetamu lain turut menyaksikan pergaduhan itu dengan perasaan terkejut sebelum salah seorang daripadanya cuba menenangkan keadaan.
Video berdurasi 16 saat itu tular dan menerima pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial khususnya TikTok.
“Mereka hampir membunuhnya sekali lagi,” kata netizen.



