Oh! Artis
Shermine ucap tahniah perkahwinan Sam Lim dan Parisa, tapi ayat nikah dalam masjid jadi bualan netizen.
Bekas isteri kepada usahawan terkenal View Chin, Shermine dilihat tumpang gembira dengan berita perkahwinan pempengaruh Sam Lim bersama isterinya, Parisa Ardina. Perkongsian tersebut dimuat naik menerusi Facebook miliknya baru-baru ini.
Dalam hantaran itu, Shermine atau lebih dikenali sebagai Ah Moi turut mengucapkan tahniah kepada pasangan berkenaan yang selamat diijabkabulkan. Namun, ada satu perkara yang buat ramai netizen mula beri perhatian.
Ucapan tahniah bekas isteri View Chin jadi perhatian

Menerusi posting tersebut, Shermine dilihat berkongsi gambar pasangan pengantin yang bergambar di dalam masjid selepas selesai akad nikah. Apa yang menarik, kapsyen yang ditulis nampak ringkas, tapi cukup ‘deep’ bagi sesetengah orang.
Okay, ini dipanggil nikah. Dalam masjid, siap gambar. Tahniah.- Katanya.
Walaupun nampak seperti ucapan biasa, ramai netizen mula membuat spekulasi dan menganggap kenyataan itu seakan mempunyai maksud tersirat. Ada yang merasakan ia seperti sindiran halus terhadap individu tertentu.

Di ruangan komen, rata-rata netizen dilihat terhibur dengan cara Shermine menyampaikan mesej tersebut secara santai. Malah, ada yang anggap ia sebagai ‘shade’ paling lembut tapi kena tepat.
Pssttt! Kadang-kadang, tak semua benda perlu dijelaskan secara terang-terangan. Korang kena bijak baca situasi dan jangan cepat buat spekulasi. Yang penting, doakan yang baik-baik sahaja untuk semua.
Kredit: Facebook
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




