Disebabkan kes positif pandemik yang kian meningkat di negara kita, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah kembali dikuatkuasakan semula.
Pelbagai Prosedur Operasi Standard (SOP) perlu dipatuhi bagi mengelakkan sebarang penularan yang lebih teruk berlaku sehingga jumlah jemaah di masjid dan surau terpaksa dikurangkan.
Oleh itu, ramai yang tidak berpuas hati susulan muncul satu program televisyen dengan menghimpunkan 50 orang juri serta pengacara dan para peserta di dalam satu acara untuk menjayakan program hiburan.
Menerusi perkongsian daripada pengguna Twitter, mereka mempertikaikan mengapa program dengan kehadiran ramai orang boleh diluluskan. Mereka juga dilihat tidak memakai pelitup muka atau faceshield.
Namun begitu, ada pihak yang tampil memberi penjelasan bahawa program All Together Now Malaysia itu telah dirakam pada bulan Mac dan April iaitu semasa negara sudah meletakkan sesetengah kawasan di status bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Namun begitu, rata-rata netizen masihย meninggalkan komen diruangan Twitter milik @FaktaBukanAuta dengan mengecam perkara tersebut kerana merasakan program hiburan itu tidak mematuhi arahan supaya tidak berkumpul disatu-satu tempat secara beramai-ramai.
Mereka juga berpendapat bahawa seharusnya pihak media dan public figure perlu menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat ketika pandemik masih menular dalam negara.
Walau bagaimanapun, menerusi perkongsian daripada seorang pengguna TikTok, pihak produksi rancangan hiburan itu telah meletakkan penghadang cermin di setiap kedudukan juri dan mereka tidak berada berdekatan sesama sendiri.
Namun, seperti biasa masih ada lagi yang mempertikaikan hal berkenaan kerana merasakan program itu tidak wajar dilakukan kerana memberi gambaran tidak baik berkenaan SOP antara mereka.
@eilazroon5522 Korang fikir la sendiri.. #fyp #allahjagakita
โฌ original sound โ Eilazroon5522๐ฒ๐พ โ Eilazroon5522๐ฒ๐พ
Program All Together Now Malaysia yang bersiaran secara rakaman di stesen berbayar telah menghimpunkan 50 orang juri dalam satu masa dengan Sherry Alhadad selaku pengacara untuk acara tersebut.
Menerusi pihak produksi, rakaman program berkenaan telah dilakukan di Putrajaya pada bulan Mac hingga April yang lepas semasa kes penularan pandemik tidak seburuk sekarang.
Sumber: @FaktaBukanAuta, @eilazroon