am@hmetro.com.my
Kota Bharu: Empat anggota polis yang direman sebelum ini bagi membantu siasatan meminta dan menerima rasuah kira-kira RM12,000, dilepaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Menurut sumber, kesemua suspek dilepaskan selepas tempoh reman lima hari berakhir semalam.
Katanya, mereka ditahan sejak 7 April lalu untuk siasatan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah sebagai balasan tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang membawa daun ketum di dalam kereta.
“Kini SPRM sedang melengkapkan siasatan untuk diberikan kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan selanjutnya,” katanya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Kelantan, Azmin Yusoff mengesahkan perkara itu.
Katanya, kesemua suspek dilepaskan dengan jaminan SPRM dan perlu melaporkan diri setiap bulan di SPRM Kelantan.
© New Straits Times Press (M) Bhd




