Perkongsian bapa mentua kepada pelakon Elisya Sandha yang juga penerbit terkenal, Jinggo meluahkan rasa sayang terhadap menantu perempuannya itu.
Menerusi hantaran berkenaan, Jinggo memujuk Elisya agar tidak terus bersedih kerana isterinya, Sheila Rusly akan turut menangis.
BACA: Elisya Sandha Macam Tak Percaya Usia 26 Ada Dua Anak

“Sayangnya Papa pada Sya… we love u so much tau. Jangan sedih-sedih ok. Nanti mama you pun menangis,” tulisnya.
Hantaran Jinggo itu turut dibalas oleh Elisya yang meluahkan rasa syukur dikurniakan bapa mentua yang menyayanginya seperti anak sendiri.
“Salah satu impian terbesar saya yang Allah makbulkan ialah dapat bapa mentua yang sayang saya macam anak sendiri, malah lebih lagi daripada anak sendiri.
“Thank you pa, thank you ma sebab tak pernah kurang layanan kasih sayang terhadap Sha sejak hari pertama… hari-hari saya bersyukur,” katanya.




