Oh! Tidak
Kes pelajar maut dirempuh di SMK Tanjong Mas, bapa tampil maafkan guru dan serah siasatan kepada polis.
Seorang pelajar Tingkatan Satu dilaporkan meninggal dunia selepas dirempuh kenderaan yang dipandu seorang guru wanita di hadapan surau Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjong Mas, tengah hari semalam.
Lebih menyentuh hati, bapa mangsa tampil dengan sikap tenang apabila memaafkan individu terlibat dan menyerahkan sepenuhnya kes ini kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.
Kronologi kejadian di SMK Tanjong Mas

Kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 1.50 tengah hari melibatkan dua pelajar yang dirempuh di kawasan hadapan surau sekolah tersebut. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi, manakala seorang lagi dilaporkan cedera parah dan kini menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II.
Bapa mangsa, Mohd Azaudin Abdullah berkata, dia memilih untuk memaafkan guru berkenaan dan menerima ketentuan yang berlaku dengan hati terbuka.

Sebagai bapa, saya memaafkan guru berkenaan dan selebihnya saya serahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.- Katanya.
Menurutnya lagi, dia tidak mengeluarkan sebarang kata marah ketika berada di lokasi kejadian walaupun melihat jasad anaknya terbujur kaku.
Guru direman bantu siasatan

Dalam perkembangan sama, guru wanita berusia 57 tahun itu telah direman selama dua hari bagi membantu siasatan kes tersebut.
Perintah reman dikeluarkan bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Pssttt! Kadang-kadang hidup memang uji kita dengan perkara yang tak dijangka. Dalam situasi macam ni, kesabaran dan reda tu bukan mudah, tapi itulah kekuatan sebenar. Korang jaga diri, lebih berhati-hati di jalan raya dan hargai orang tersayang selagi masih ada.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




