‘Belajar Dari Apa Dia Nampak” – Anak Amar Baharin Semangat Puasa 6

‘Belajar Dari Apa Dia Nampak” – Anak Amar Baharin Semangat Puasa 6

Pelakon Amar Baharin berkongsikan momen anak sulungnya, Aqeef Anaqi semangat untuk berpuasa enam pada bulan Syawal.

Menerusi hantaran di Threads, Amar berkata anaknya tidak sabar untuk berpuasa sunat itu selepas melhat ahli keluarganya yang lain turut melakukannya.

BACA: Amyra Rosli Reda Amar Baharin Bakal Tinggalkan Keluarga 3 Bulan

“Gigih abang nak puasa 6, tengok family buat, dia pun nak buat. Siap tunggu weekend,” tulisnya.

Sementara itu, Amar turut berkongsikan pendekatan terbaik dalam mendidik anak bukanlah melalui arahan tetapi dengan  menunjukkan contoh kerana mereka sentiasa menjadi pemerhati.

“Jangan suruh, tunjuk. Dalam tumbesaran anak, anak memang belajar dari apa dia nampak, bukan apa dia dengar. Awak buat, dia ikut.

“Saya ada juga cerita hadis kelebihan puasa enam hari selepas puasa Ramadan, umpama puasa 1 tahun. Lagi tambah semangat dia,” tulisnya.


Scroll to Top