Harga Tiket Majlis Ilmu PU Riz & Neelofa Cecah RM1k, Netizen Pertahan Anggap Berbaloi

Harga Tiket Majlis Ilmu PU Riz & Neelofa Cecah RM1k, Netizen Pertahan Anggap Berbaloi

Hangat diperkatakan sekali lag mengenai harga bayaran majlis ilmu yang dianjurkan oleh pasangan selebriti, PU Riz dan Neelofa.

Menerusi hantaran di Threads, seorang individu tampil mempersoalkan harga tiket bagi majlis ilmu tersebut yang didakwa agak tinggi kerana mencecah lebih RM900 serta bertanyakan adakah ianya berbaloi.

BACA: “Kenapa Pakai Purdah Tapi Tudung Makin Singkat?” – Netizen Tegur Neelofa

“Tiket talk Neelofa sampai RM 1000? Siapa yang pernah pergi? Berbaloi ke?” tulis individu berkenaan.

Perkongsian individu itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dimana ada yang berkongsikan pengalaman menghadiri majlis ilmu berkenaan.

Kata netizen ianya berbaloi serta membuat perbandingan seperti mana ada yang sanggup berbelanja untuk membeli tiket konsert artis. 


Scroll to Top