Trending
Petronas sahkan bekalan minyak Malaysia terjamin hingga Jun 2026. Orang ramai diminta elak pembelian panik.
Syarikat minyak dan gas negara, Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengesahkan bahawa bekalan bahan api di seluruh negara adalah terjamin sehingga akhir Jun 2026.
Menurut laporan Harian Metro, sebelum ini unjuran hanya dibuat sehingga Mei 2026, namun kini ia dilanjutkan hasil pengurusan rantaian bekalan yang lebih kukuh walaupun berdepan krisis tenaga global.
Petronas bekalkan separuh keperluan negara

Menurut kenyataan rasmi, Petronas membekalkan kira-kira 50% keperluan bahan api negara melalui anak syarikatnya, Petronas Dagangan Bhd.
Selebihnya pula disokong oleh syarikat minyak lain yang turut beroperasi di Malaysia.
Orang ramai diminta jangan panik

Dalam masa sama, Petronas mengingatkan orang ramai supaya tidak melakukan pembelian panik, sebaliknya membeli bahan api mengikut keperluan harian sahaja.
Orang ramai digalakkan untuk membuat pembelian bahan api ini secara bertanggungjawab… serta mengelak daripada sebarang tindakan pembelian panik.
Langkah ini penting bagi memastikan semua pengguna mendapat bekalan secara berterusan tanpa gangguan.
Sebelum ini, Anwar Ibrahim turut memaklumkan bahawa Petronas sedang membantu kerajaan memastikan bekalan minyak dan gas mencukupi sekurang-kurangnya sehingga Mei 2026.
Pssttt! Dalam situasi global yang tak menentu, kekal tenang dan berbelanja secara bijak. Jangan panik, kerana tindakan kita memberi kesan kepada semua.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.




