Tropicana Metropark & The Makeover Guys tawar rumah berkonsep pereka dengan nilai terbaik

Tropicana Metropark & The Makeover Guys tawar rumah berkonsep pereka dengan nilai terbaik

PETALING JAYA – Tropicana Corporation Berhad (Tropicana) meneruskan kerjasama strategik bersama pakar renovasi kediaman, The Makeover Guys bagi menawarkan pengalaman pemilikan rumah yang lancar dan dipertingkatkan.

Menjengah SouthPlace 2 Residences di Tropicana Metropark, pembeli boleh memilih daripada tiga tema kediaman berperabot pereka yang direka khas, menawarkan gaya, keselesaan dan nilai.

Selain pelbagai manfaat eksklusif, pemilik rumah juga akan menerima Pakej Perabot Pereka bernilai sehingga RM60,000, yang ditawarkan untuk unit dua bilik tidur dan tiga bilik tidur dengan keluasan antara 758 kaki persegi hingga 1,044 kaki persegi.

Tawaran ini menjadi lebih mudah dimiliki dengan ansuran bulanan serendah RM1,467, menjadikan gaya hidup kediaman berkonsep pereka satu realiti pada harga yang sukar ditandingi.

Pengarah Urusan Pemasaran, Jualan dan Pembangunan Perniagaan Tropicana,

Ixora Ang berkata, dibangunkan sebagai sebuah perbandaran yang mampan dan mempunyai jaringan hubungan yang baik, Tropicana Metropark telah berkembang sejak 13 tahun lalu menjadi sebuah hab komuniti yang hidup dan dinamik di Subang Jaya.

Bagi mereka yang gemar tampil berani dan menonjol, More Terracotta adalah tema yang membezakan anda

Bagi mereka yang gemar tampil berani dan menonjol, More Terracotta adalah tema yang membezakan anda

“Dengan gabungan seimbang antara komponen kediaman, komersial, pendidikan dan rekreasi, perbandaran ini turut dipertingkatkan dengan jambatan penghubung khas dari Lebuhraya Persekutuan, memastikan akses yang lancar.

“Sebagai perancang induk, kami memahami keperluan pasaran yang sentiasa berubah dan telah memperkenalkan penyelesaian pemilikan rumah yang tersusun dan bebas tekanan, termasuk bayaran pendahuluan lebih rendah, ansuran bulanan mampu milik serta penyerapan kos guaman dan duti setem,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, pembeli rumah juga boleh menikmati tiga pakej kediaman berperabot pereka bernilai sehingga RM60,000.

“Melalui inisiatif ini, kami berhasrat menjadikan perjalanan memiliki rumah idaman lebih mudah diakses dan bermakna,”katanya.

Tropicana Metropark bersama The Makeover Guys menghasilkan tiga tema reka bentuk yang berbeza namun kekal malar, sesuai dengan pelbagai gaya hidup di SouthPlace 2 Residences.

Tema-tema unik tersebut termasuk Generation Zen: menampilkan ruang kediaman moden minimalis yang tenang dan lembut, Mid-Century Daydream: mengetengahkan palet warna coklat neutral, menggabungkan gaya klasik dengan keselesaan moden dan More Terracotta: membawa konsep berani dan bertenaga dengan palet warna hangat bagi mereka yang menggemari estetika yang lebih menyerlah.

Pada masa sama, SouthPlace 2 Residences @ Tropicana Metropark merupakan alamat pegangan bebas utama di Subang Jaya, terletak dalam sebuah perbandaran matang dan mapan.

Menawarkan akses dan keterhubungan, ia merupakan sebahagian daripada pelan induk bersepadu terbesar di Subang Jaya, menampilkan ekosistem menyeluruh yang merangkumi kerja-hidup-rekreasi-pembelajaran dan membeli-belah.

Pembangunan ini mempunyai akses terus dari Lebuhraya Persekutuan dan dihubungkan dengan lebuh raya utama termasuk Lebuhraya Utara-Selatan, LDP, NPE, NKVE, SKVE dan KESAS.

Dikelilingi Urban Park seluas 9.2 ekar serta SouthPlace Shoppes yang meriah berdekatan kediaman, perbandaran ini direka sebagai hab komuniti dinamik.

Ruang-ruang ini sering menjadi lokasi acara gaya hidup popular seperti Corgi & Friends, Yum Yum Food & Lifestyle Fair dan Lai Bazaar, yang secara keseluruhan menarik lebih 33,000 pengunjung serta mewujudkan persekitaran komuniti yang hidup.

Antara keunikan (USP) SouthPlace 2 Residences di Tropicana Metropark termasuk pembangunan pegangan bebas, berhubung terus dengan podium runcit untuk kemudahan harian, saiz kompak bermula daripada unit studio 583 kaki persegi hingga 1,044 kaki persegi bagi unit 1 hingga 3 bilik tidur.

Berikutnya, reka bentuk pelan terbuka bagi ruang tamu, ruang makan dan dapur yang fleksibel, orientasi bangunan direka bagi membolehkan penghuni menikmati pemandangan tanpa halangan ke arah Urban Park dan Shah Alam

Panel tingkap besar setinggi 8 kaki bagi semua unit untuk pencahayaan semula jadi yang lebih baik, bangunan diperakui GreenRE dengan ciri hijau seperti kelengkapan jimat air, penyaman udara inverter serta penggunaan produk lestari dan mesra alam yang diperakui badan tempatan dan antarabangsa

Ia juga kejiranan matang dengan kemudahan seperti pusat perubatan (Subang Jaya Medical Centre dan KPJ Specialist), pasar raya besar dan pusat membeli-belah (Empire Shopping Gallery dan Aeon Big Hypermarket), institusi pendidikan (Fairview International School dan MSU Medical Centre) dan tarikan lain seperti Stadium Shah Alam.

Scroll to Top