“Doakan Saya” – Ustaz Kazim Elias Masuk ICU

“Doakan Saya” – Ustaz Kazim Elias Masuk ICU

Trending

Ustaz Kazim Elias ditolak masuk ke wad ICU menggunakan katil


Perkongsian terbaru daripada laman Facebook pendakwah terkenal, Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias mengejutkan ramai apabila beliau dilaporkan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

Menerusi hantaran itu, kelihatan Ustaz Kazim yang berada di atas katil ditolak masuk ke ruangan bertanda “ICU / CCU / ACU”.

Mohon doa orang ramai untuk kesihatan Ustaz Kazim

Dalam kapsyen perkongsian tersebut, pihak admin turut memohon agar orang ramai mendoakan kesihatan Ustaz Kazim.

Ustaz Kazim masuk ICU, mohon doa semua buat kesihatan beliau.

Perkongsian ringkas itu terus mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya menitipkan doa dan kata-kata semangat agar beliau segera sembuh.

Ustaz Kazim Elias

Di ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa terkejut dan berharap agar keadaan Ustaz Kazim tidak serius.

Sebagai figura yang sering menyampaikan dakwah dan ilmu agama, keadaan kesihatan beliau sememangnya memberi kesan kepada ramai pengikut yang sentiasa mengikuti ceramah dan perkongsiannya.

Pssttt! Kesihatan adalah nikmat yang sangat berharga. Bila insan yang banyak berjasa jatuh sakit, sudah tentu ramai yang rasa kehilangan. Sama-sama kita doakan agar Ustaz Kazim diberikan kesembuhan dan kembali sihat seperti sediakala.

Kredit: Facebook Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top