mhafis@mediaprima.com.my
Kajang: Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan saksi kemalangan membabitkan sebuah motosikal Honda Wave 110 Cc warna hitam dan putih dengan sebuah kereta Proton Saga FLX 1.5cc warna emas, 19 Januari lalu.
Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kemalangan itu berlaku jam 1.30 tengah di persimpangan Taman Kajang Impian, dekat sini.
Menurutnya. siasatan polis mendapati kemalangan membabitkan motosikal dengan kereta yang mana penunggang motosikal mengalami kecederaan parah di bahagian kaki.
“Pihak polis sedang mengesan saksi yang terlihat kejadian atau mana-mana kenderaan yang mempunyai rakaman papan pemuka kemalangan itu untuk tampil membantu siasatan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak melebihi 10 tahun serta denda tidak kurang daripada RM20,000dan tidak melebihi RM50,000,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Naazron berkata, orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta tampil membantu siasatan boleh berhubung dengan pegawai penyiasat Inspektor Saifudin Saadun di talian 011-21119379.
© New Straits Times Press (M) Bhd



