Senat AS sekat usaha demokrat hadkan kuasa perang Trump terhadap Iran

Senat AS sekat usaha demokrat hadkan kuasa perang Trump terhadap Iran
Senat AS sekat usaha demokrat hadkan kuasa perang Trump terhadap Iran

Senat AS pada Rabu menyekat usaha Parti Demokrat yang bertujuan mengehadkan kuasa perang Presiden Donald Trump terhadap Iran – Foto: Agensi

WASHINGTON – Senat Amerika Syarikat (AS) pada Rabu menyekat usaha Parti Demokrat yang bertujuan mengehadkan kuasa perang Presiden Donald Trump terhadap Iran, lapor Anadolu Ajansi.

Usul kuasa perang yang dikemukakan oleh Senator Tammy Duckworth ditolak menerusi undian 52 menentang berbanding 47 menyokong.

Terdahulu, Ketua Minoriti Senat, Chuck Schumer, berikrar untuk terus memberi tekanan sambil memberi amaran bahawa pengundian berulang akan diteruskan sekiranya Republikan sekali lagi menghalang usul itu.

“Jika Republikan mengundi ‘tidak’ sekali lagi, kami akan terus memaksa pengundian terhadap resolusi-resolusi ini setiap minggu sehingga perang ini berakhir atau Republikan mempunyai keberanian untuk bangkit menentang Donald Trump,” katanya.

Seramai 13 anggota tentera AS terbunuh sejak Operasi Epic Fury terhadap Iran bermula pada 28 Februari. – Bernama

Scroll to Top