Oh! Tidak
Kontroversi teater UM didakwa soft porn, didapati langgar skrip asal dan syarat pertandingan ditetapkan universiti.
Korang mesti dah nampak video viral pasal satu persembahan teater di Universiti Malaya yang terang-terang ada unsur soft porn. Isu ni terus jadi bualan hangat netizen sebab babak yang ditunjukkan dikatakan agak keterlaluan untuk pentas universiti.
Bertindak pantas, pihak Universiti Malaya dah tampil beri penjelasan dan mengakui persembahan itu sudah melanggar etika universiti. Lagi mengejutkan, persembahan tersebut sebenarnya tidak mengikuti skrip asal yang sudahpun dilulukan.
Universiti Malaya sudah letak garis panduan ketat

Menurut kenyataan rasmi Universiti Malaya, setiap persembahan dalam pertandingan KARVITER memang ada garis panduan ketat. Ia termasuk larangan unsur negatif, provokasi atau apa-apa kandungan yang boleh jejaskan nilai moral, budaya dan nama baik universiti.
Namun hasil semakan mendapati adegan yang dipersembahkan langsung tak sama dengan skrip asal yang telah ditapis. Ini jelas menunjukkan berlakunya pelanggaran syarat pertandingan.
Hasil penelitian mendapati adegan yang dipertontonkan adalah tidak selaras dengan skrip asal yang sudah melalui proses tapisan dan jelas merupakan pelanggaran terhadap syarat pertandingan yang ditetapkan.- Katanya.
Isu viral tarik perhatian ramai

Sejak semalam, video persembahan teater didakwa soft porn ini tular di media sosial. Netizen meluahkan rasa terkejut dengan adegan ghairah di atas katil yang dipertontonkan secara terbuka.
Malah, pendakwah bebas Firdaus Wong Wai Hung turut bersuara mempertikaikan kewajaran babak sentuh-menyentuh tersebut.
Adakah kita sedang melahirkan generasi yang berpendidikan tinggi tetapi akhlaknya rendah? Sangat memalukan untuk saya kongsikan adegan itu yang disertai jeritan penonton.- Katanya.
Universiti Malaya mohon maaf dan ambil tindakan

Dalam masa sama, Universiti Malaya menegaskan mereka memandang serius isu ini dan memohon maaf atas apa yang berlaku. Pihak universiti juga tidak akan berkompromi dengan mana-mana pelanggaran peraturan.
Sebagai tindakan segera, persembahan tersebut telah diputuskan tidak layak untuk dinilai. UM juga sedang memperketatkan pemantauan supaya perkara sama tak berulang lagi pada masa depan.
Pssttt! Isu macam ni memang sensitif, lagi-lagi bila melibatkan institusi pendidikan. Kreativiti tu penting, tapi kena ada batas. Harapnya semua pihak boleh ambil pengajaran supaya seni terus berkembang tanpa melanggar nilai yang kita jaga.
Kredit: Facebook Universiti Malaya
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




