Harga minyak di Kemboja terus menurun selepas pembukaan Selat Hormuz

Harga minyak di Kemboja terus menurun selepas pembukaan Selat Hormuz
Harga minyak di Kemboja terus menurun selepas pembukaan Selat Hormuz

Harga runcit bahan api di Kemboja terus menurun selepas Iran mengisytiharkan pembukaan Selat Hormuz. Gambar hiasan

PHNOM PENH – Harga runcit bahan api di Kemboja terus menurun selepas Iran mengisytiharkan pembukaan Selat Hormuz, menurut Kementerian Perdagangan pada lewat Jumaat, lapor Xinhua.

Dalam satu pengumuman, kementerian memaklumkan satu liter petrol biasa kini berharga 4,950 riel (AS$1.24) mulai Sabtu ini sehingga notis seterusnya iaitu penurunan 2.9 peratus daripada 5,100 riel (AS$1.28) dalam tempoh tiga hari lepas.

Diesel kini berharga 5,700 riel (AS$1.42) seliter, turun 10.9 peratus, menurut pengumuman itu.

Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet berkata pada Sabtu lepas, Jabatan Am Kastam dan Eksais telah memberikan subsidi kira-kira AS$50 juta sebulan untuk meminimumkan kesan kenaikan harga bahan api.

Subsidi telah disediakan menerusi pengurangan duti import dan cukai ke atas minyak dan gas, serta pengurangan duti import ke atas kenderaan elektrik, kenderaan penumpang dikuasakan elektrik hibrid, dapur elektrik dan peranti berkuasa solar.

Negara Asia Tenggara itu bergantung sepenuhnya pada petroleum dan diesel import. – Bernama

 

 

 

 

Scroll to Top