Pokok pinang tumbang hempap kereta di Jalan Medang Serai

Pokok pinang tumbang hempap kereta di Jalan Medang Serai

mhafis@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Kereta rosak selepas pokok pinang tumbang ketika ribut dan hujan lebat berhampiran Kondominium Bangsar Puteri, Jalan Medang Serai, di sini hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan kejadian pada 5.16 petang dan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai dikerah ke lokasi.

Komander Operasi, Mohd Azwan Musa berkata, pasukan seramai enam anggota dan sebuah jentera terbabit operasi itu.

“Setibanya pasukan di lokasi, didapati sebatang pokok pinang tumbang dan menghempap sebuah kenderaan serta pagar di kawasan itu.

“Anggota kemudian menjalankan kerja pembersihan dan pemotongan pokok bagi memastikan kawasan selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan tindakan selanjutnya dijalankan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top