
IRGC) Iran menahan sekurang-kurangnya 127 orang di seluruh negara yang didakwa menyediakan persiapan asas bagi serangan ketenteraan oleh musuh – Foto fail Bernama
ISTANBUL – Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran menahan sekurang-kurangnya 127 orang di seluruh negara yang didakwa “menyediakan persiapan asas bagi serangan ketenteraan oleh musuh,” lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik media Iran.
Menurut agensi berita separa rasmi Tasnim, IRGC menahan tujuh suspek di Wilayah Azerbaijan Timur atas dakwaan mereka “menyediakan senjata dan merancang aktiviti sabotaj, selain menghantar koordinat lokasi sensitif kepada kenalan mereka di luar negara.”
Seramai 69 individu lagi ditahan di Wilayah Mazandaran, manakala di Wilayah Kerman, 51 yang lain termasuk tiga “pasukan pengintip” telah dikenal pasti, menurut laporan itu lagi.
Teheran telah menahan berpuluh-puluh individu atas tuduhan mengintip susulan perang Amerika Syarikat-Israel terhadap Iran pada 28 Feb lepas, yang mengorbankan lebih 3,000 orang.
Undang-undang pengintipan yang diperkasakan baru-baru ini membenarkan pihak berkuasa mengenakan hukuman mati ke atas mereka yang dituduh mengintip serta merampas harta benda mereka. – Bernama



