10 laluan perairan paling strategik di dunia

10 laluan perairan paling strategik di dunia

PERANG Amerika Syarikat–Israel terhadap Iran menyerlahkan kepentingan laluan perairan strategik dalam memastikan kelancaran perdagangan global, kerana sebarang gangguan boleh memberi kesan besar kepada ekonomi dunia.

Justeru, berikut ialah 10 laluan perairan paling penting di dunia, lapor Al Jazeera.

1. Selat Hormuz

  • Lokasi: Antara Iran dan Oman, menghubungkan Teluk dengan Laut Arab.
  • Lebar: 39 kilometer (21 batu nautika) di titik paling sempit.
  • Aliran minyak: 20 hingga 21 juta tong sehari.

Merupakan titik sempit tenaga paling penting di dunia dan satu-satunya laluan laut bagi satu perlima bekalan minyak serta gas asli cecair global.

Bab al-Mandeb

Bab al-Mandeb

2. Bab al-Mandeb

  • Lokasi: Antara Yemen dan Djibouti, menghubungkan Laut Merah ke Teluk Aden.
  • Lebar: 32 kilometer (17 batu nautika).
  • Aliran minyak: 4 juta tong sehari.

Pintu masuk utama ke Laut Merah dari Lautan Hindi yang bersambung ke Terusan Suez, memudahkan perdagangan Asia–Eropah.

Sekitar 12 peratus perdagangan global melaluinya setiap hari.

Terusan Suez

Terusan Suez

3. Terusan Suez

  • Lokasi: Memisahkan Semenanjung Sinai dari Mesir, menghubungkan Laut Mediterranean ke Laut Merah.
  • Lebar: 225 meter.
  • Aliran minyak: 5 juta tong sehari.

Dibuka pada 1869, ia merupakan laluan pintas penting antara Asia dan Eropah, memendekkan perjalanan sekitar 8,900 kilometer tanpa perlu mengelilingi Afrika.

Selat Turki

Selat Turki

4. Selat Turki

  • Lokasi: Melalui Istanbul dan Dardanelles, menghubungkan Laut Hitam dan Laut Mediterranean.
  • Lebar: 700 meter.
  • Aliran minyak: 3 hingga 4 juta tong sehari.

Menggabungkan Bosphorus dan Dardanelles, ia merupakan satu-satunya laluan laut antara Laut Hitam dan Mediterranean, penting bagi perdagangan Eropah Timur serta penghantaran minyak dan gas asli.

Selat Gibraltar

Selat Gibraltar

5. Selat Gibraltar

  • Lokasi: Antara Sepanyol dan Maghribi, menghubungkan Lautan Atlantik ke Laut Mediterranean.
  • Lebar: 13 kilometer.
  • Aliran minyak: 5 hingga 6 juta tong sehari.

Satu-satunya laluan semula jadi antara Atlantik dan Mediterranean serta pintu masuk barat ke Terusan Suez.

Mempunyai sejarah panjang sebagai kawasan strategik yang sering direbutkan.

Selat Denmark

Selat Denmark

6. Selat Denmark

  • Lokasi: Antara Denmark dan Sweden, menghubungkan Laut Baltik ke Laut Utara.
  • Lebar: 3.7 kilometer.
  • Aliran minyak: 5 juta tong sehari.

Laluan utama eksport minyak Rusia dari pelabuhan Baltik ke pasaran global, serta penghubung penting Eropah Utara dengan dunia.

Selat Melaka

Selat Melaka

7. Selat Melaka

  • Lokasi: Antara Malaysia, Singapura dan Indonesia, menghubungkan Lautan Hindi dan Laut China Selatan.
  • Lebar: 2.8 kilometer.
  • Aliran minyak: 23 juta tong sehari.

Antara laluan perkapalan paling sibuk di dunia, mengendalikan sekitar 40 peratus perdagangan global dan 80 peratus import minyak China.

Ia merupakan titik sempit transit minyak paling sibuk di dunia.

Selat Taiwan

Selat Taiwan

8. Selat Taiwan

  • Lokasi: Memisahkan China daratan dan Taiwan, menghubungkan Laut China Selatan ke Laut China Timur
  • Lebar: 130 kilometer

Kepentingan perdagangan: Lebih 20 peratus perdagangan maritim global menggunakannya serta separuh armada kontena dunia dan kebanyakan semikonduktor maju melalui laluan ini.

Terusan Panama

Terusan Panama

9.Terusan Panama

  • Lokasi: Melintasi Panama, menghubungkan Laut Caribbean ke Lautan Pasifik
  • Lebar: 222 meter
  • Aliran minyak: 2 hingga 3 juta tong sehari

Dibuka pada 1914, menggunakan sistem kunci air untuk menaikkan dan menurunkan kapal.

Mengendalikan 40 peratus trafik kontena Amerika Syarikat serta sebahagian besar eksport gas petroleum cecair ke Asia.

Laluan Tanjung Harapan

Laluan Tanjung Harapan

10. Laluan Tanjung Harapan

  • Lokasi: Di luar hujung barat daya Semenanjung Cape, Afrika Selatan
  • Aliran minyak: Kira-kira 9 juta tong sehari melalui laluan ini.

Laluan Tanjung Harapan merupakan laluan laut terbuka yang digunakan oleh kapal-kapal bersaiz besar, khususnya yang tidak dapat melalui Terusan Suez.

Scroll to Top