Lapan cedera dalam nahas lori bertembung van persiaran di Jalan Tun Razak

Lapan cedera dalam nahas lori bertembung van persiaran di Jalan Tun Razak

suharmin.yusuf@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Lapan cedera selepas sebuah lori bertembung dengan van persiaran berhampiran Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Jalan Tun Razak di sini, petang ini.

Kejadian turut menyebabkan kedua-dua kenderaan terbabit mengalami kerosakan.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur (PGO KL) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.04 petang sebelum menggerakkan jentera ke lokasi kejadian.

Katanya, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa bersama jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT) dengan kekuatan lima anggota tiba di lokasi pada jam 4.14 petang.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I (PBK I) Mohamad Remi Che Hat berkata, kemalangan itu menyebabkan pemandu lori berumur 56 tahun cedera di bahagian mata manakala kelindannya berusia 46 tahun cedera di bahagian kaki.

“Jumlah mangsa yang terbabit di dalam bas persiaran adalah 15 orang termasuk pemandu, enam daripadanya cedera ringan dan sembilan orang tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, semua mangsa yang cedera diberikan rawatan awal oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top