“Saya Berangan Je” – Norish Karman Jelaskan Isu Nak Beli MPV Jika Terima RM200,000

“Saya Berangan Je” – Norish Karman Jelaskan Isu Nak Beli MPV Jika Terima RM200,000

Oh! Artis

Norish Karman hanya berangan nak beli MPV demi keselesaan anak-anak.


Baru-baru ini, pelakon Norish Karman dikritik gara-gara mengeluarkan kenyataan mahu membeli sebuah MPV baru menggunakan wang RM200,000 sumbangan usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri.

Netizen berpendapat duit itu sepatutnya digunakan untuk membayar hutang dan meneruskan hidup memandangkan dirinya kini sedang sakit.

Aliff Syukri nafi pernah beri RM200,000

Menjelaskan kritikan itu, Aliff Syukri tampil menegaskan bahawa beliau tidak pernah memberikan wang sebanyak RM200,000 kepada Norish Karman mahupun anak perempuannya, Manda.

Rupa-rupanya, apa yang disangka ‘rezeki besar’ itu hanyalah salah faham netizen selepas kenyataan dalam sesi siaran langsung sebelum ini menjadi viral.

Ketika sesi siaran yang berlangsung (baru-baru ini), jualan tinggi. Jadi, memang saya ada beri beberapa jumlah wang, tetapi amaun wang itu saya tidak beritahu. Duit itu dia (Norish) nak guna untuk bayar hutang.

Hanya angan-angan nak beli kereta untuk anak

Norish Karman

Norish atau nama sebenarnya Nor’Ashikin Karman turut menjelaskan bahawa jumlah RM200,000 itu sebenarnya tidak wujud dan hanyalah angan-angan semata-mata.

Duit yang saya dapat daripada sesi siaran langsung sebelum ini, sudah habis digunakan untuk membayar hutang. Sebagai ibu tunggal selama 14 tahun, apa yang saya lakukan adalah semua untuk anak-anak dan Allah.

Jelas Norish, keinginan memiliki MPV hanyalah impian sebagai seorang ibu yang mahu memberikan keselesaan kepada anak-anak.

Saya hanya berangan jika ada wang sebanyak itu. Saya mahu belikan kereta yang selesa untuk anak-anak kerana selama ini kami hanya menggunakan kereta yang pendingin hawanya rosak dan compressor (pemampat) rosak.

Dalam masa sama, Norish meminta orang ramai agar tidak terus menghentam dirinya kerana setiap orang pasti mempunyai impian masing-masing.

Norish turut menjelaskan bahawa kisah kesusahan hidup sehingga pernah tidur dalam kereta adalah cerita lama sekitar 10 tahun lalu, bukan situasi semasa.

Pssttt! Kadang-kadang netizen terlalu cepat membuat kesimpulan tanpa tahu cerita sebenar. Dalam kes ini, jelas ia hanya salah faham daripada kenyataan yang disalah tafsir. Setiap orang ada impian, dan tidak salah untuk berangan selagi kita berusaha mencapainya. Harapnya kita lebih berhati-hati sebelum menghukum orang lain.

Kredit: Harian Metro | TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top