
Tangkapan layar detik kempen pencerobohan AS ke atas kapal Iran dikongsi melalui platform X. – Foto Agensi
WASHINGTON – Pusat Perintah Amerika Syarikat (CENTCOM) mengeluarkan rakaman detik anggota Kor Marin menjadi ‘lanun moden’ merampas kapal kargo milik Iran di Laut Oman yang telah meningkatkan semula ketegangan antara Teheran dan Washington.
Ia turut berkongsi klip bukti ‘amaran berulang’ selama enam jam yang diberikan kepada kru kapal M/V Touska sebelum ia dipintas di utara Laut Arab pada Ahad.
Menurut Jabatan Perang AS, sistem pendorong kapal itu telah dilumpuhkan oleh kapal pemusnah peluru berpandu, USS Spruance (DDG 111) yang melepaskan beberapa tembakan meriam MK 45 (5 inci) ke arah bilik enjinnya.
Ia disusuli serbuan dilancarkan Unit Ekspedisi Marin ke-31 ke atas Touska lalu merampas kapal berkenaan.
“Touska telah melanggar larangan AS untuk menuju ke Pelabuhan Bandar Abbas di Teheran,” menurut CENTCOM di platform X.
Ia memberi alasan kononnya pasukan tentera AS bertindak secara terancang, profesional dan seimbang bagi memastikan pematuhan sekatan tersebut yang berkuat kuasa sejak minggu lalu. – Agensi



