Tular Video Polis Pijak Kepala Suspek Di Kulim, Rupanya Ini Sebenarnya Yang Berlaku!

Tular Video Polis Pijak Kepala Suspek Di Kulim, Rupanya Ini Sebenarnya Yang Berlaku!

Trending

Video polis pijak kepala suspek di Kulim tular, rupanya suspek positif dadah dan cuba larikan diri secara bahaya.


Tular di media sosial hari ini satu video memaparkan seorang anggota polis memijak kepala seorang lelaki di Kulim.

Insiden itu mencetuskan pelbagai persoalan dalam kalangan netizen mengenai cara anggota menjalankan tugas.

BACA: Tular Video Penunggang Motosikal Dibelasah Di Kulim, Netizen Luah Rasa Berang

Terbaru, pihak polis tampil menjelaskan situasi sebenar di sebalik kejadian yang berlaku ini.

Menerusi laporan Harian Metro, kejadian berlaku di hadapan sebuah kedai aksesori motosikal di Jalan Tunku Putra, ketika anggota polis sedang menjalankan operasi ronda cegah jenayah.

Suspek melawan dan larikan diri secara bahaya

Polis
Tangkap layar rakaman tular di media sosial

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, Tengku Mohd Faisal Tengku Yeng, hasil siasatan awal mendapati, kes berlaku pada jam 11 pagi ketika anggota polis menjalankan ronda cegah jenayah dan menahan suspek di Jalan Sungai Ular.

Sewaktu hendak menahan suspek, berlaku pergelutan apabila suspek bertindak melawan anggota dengan menendang motosikal milik anggota polis dan melarikan diri dengan menunggang motosikal secara melulu, melawan arus dan merbahaya kepada pengguna jalan raya lain.

Jelasnya, suspek bagaimanapun berjaya dikesan semula di lokasi berkenaan sebelum ditahan oleh pihak polis tidak lama kemudian.

Positif dadah, bawa air ketum

Polis

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati suspek berusia 32 tahun itu membawa dua bungkus plastik lutsinar yang dipercayai mengandungi air rebusan daun ketum.

Lebih mengejutkan, ujian saringan awal air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.

Sehubungan itu, pihak polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952, Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Dalam masa sama, pihak polis turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi negatif berhubung kejadian tersebut.

Pssttt! Dalam kes macam ni, penting untuk kita lihat keseluruhan situasi sebelum terus menghukum. Walaupun video nampak ‘keras’, tapi realitinya anggota polis berdepan situasi berisiko tinggi dengan suspek yang bertindak agresif dan di bawah pengaruh dadah. Harap semua pihak lebih berhati-hati dan jangan mudah percaya pada potongan video tanpa konteks penuh.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top