KUALA KRAI: Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas lima laras senjata api termasuk dari jenis M-16 selepas menahan seorang wanita dalam serbuan di Kampung Miah di sini petang tadi.
Tangkapan dan rampasan itu dilakukan pada pukul 6.45 petang menerusi Ops Bersepadu Khazanah Siri 4/2026 bersama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) serta Jabatan Perhutanan negeri.
Komander Briged Tenggara Senior Asisten Komisoner Ahmad Radzi Hussain berkata, hasil pemeriksaan yang dijalankan di dalam rumah berkenaan membawa kepada rampasan lima laras senjata api pelbagai jenis termasuk M-16.
“Suspek dan kesemua senjata api itu telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Ahmad Radzi memberitahu, siasatan akan akan dijalankan mengikut Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.-UTUSAN




