San Francisco: Apple menamakan John Ternus sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat yang baharu berkuat kuasa 1 September, manakala Tim Cook akan menyandang jawatan pengerusi eksekutif lembaga pengarah Apple, menurut pengumuman rasmi syarikat itu, lapor Anadolu Ajansi.
Pengeluar iPhone memaklumkan Cook akan kekal sebagai CEO sehingga musim panas dan bekerjasama rapat dengan Ternus bagi memastikan peralihan berjalan lancar.
Perubahan itu diluluskan sebulat suara oleh lembaga pengarah Apple dan susulan proses perancangan penggantian jangka panjang, menurut syarikat berkenaan.
Ternus kini berkhidmat sebagai naib presiden kanan kejuruteraan perkakasan Apple.
Langkah itu menandakan peralihan CEO pertama Apple sejak 2011, apabila Cook menggantikan pengasas bersama Steve Jobs.
Apple turut memaklumkan bahawa Arthur Levinson, yang berkhidmat sebagai pengerusi bukan eksekutif sejak 15 tahun lalu, akan menjadi pengarah bebas utama mulai 1 Sept.
© New Straits Times Press (M) Bhd




