Ellie Suriaty tersinggung penggiat seni dipanggil ‘retis’ – “Satu ejekan yang menjatuhkan maruah”

Ellie Suriaty tersinggung penggiat seni dipanggil ‘retis’ – “Satu ejekan yang menjatuhkan maruah”

Pelakon Ellie Suryati menegur sikap segelintir individu yang gemar menggunakan istilah ‘retis’ bagi merujuk kepada golongan anak seni, yang menurutnya membawa konotasi negatif serta boleh menjatuhkan maruah penggiat industri kreatif.

Ejekan yang menjatuhkan maruah

Menerusi perkongsian di Instagram, Ellie berkata, dalam dunia seni kreatif, istilah tersebut tidak pernah diiktiraf sebagai satu bentuk pekerjaan atau gelaran rasmi kepada artis.

“Dalam industri seni kreatif, tiada istilah pekerjaan ‘retis’. Retis tu apa? Bagi saya seorang penggiat seni industri kreatif, rujukan ‘artis’ sebagai ‘retis’ adalah sebuah ejekan yang menjatuhkan maruah insan seni,” katanya.

Ibu kepada dua orang cahaya mata itu menjelaskan sebagai individu yang terlibat secara langsung dalam industri, golongan artis sentiasa berusaha menjaga profesionalisme serta menghormati setiap bidang pekerjaan lain tanpa mengeluarkan kata-kata yang boleh mengguris perasaan.

“Kami tidak pernah terfikir nak menyakiti hati hamba-hamba Allah yang lain dengan pekerjaan mereka. Mengapa perlu kamu?” ujarnya.

Difahamkan kenyataan tersebut dibuat sebagai reaksi terhadap trend segelintir pengguna media sosial yang menggunakan istilah ‘retis’ secara sinis atau memperlekehkan kerjaya anak seni.

Artikel lain: Wujud atau tidak? Ellie Suriaty cabar kekasih bekas suami munculkan diri

Dalam masa sama, Ellie turut mengingatkan orang ramai agar lebih berhemah dalam berkomunikasi, terutama di platform digital yang sering menjadi ruang terbuka untuk melontarkan pandangan tanpa tapisan.

Tambahnya lagi, setiap profesion wajar dihormati, termasuk kerjaya dalam bidang seni yang turut menyumbang kepada pembangunan industri hiburan dan budaya negara.

Sumber: Instagram elliesuriaty_omar

Scroll to Top