Graduan menganggur tak tersisih! PM Anwar umum inisiatif bantu siswazah belum bekerja

Graduan menganggur tak tersisih! PM Anwar umum inisiatif bantu siswazah belum bekerja

Kerajaan dijangka mengumumkan langkah tambahan dalam masa terdekat bagi membantu golongan yang masih tersisih daripada peluang pekerjaan susulan krisis bekalan global.

Beri tumpuan kepada siswazah yang belum mendapat pekerjaan

Memetik laporan daripada Bernama, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan inisiatif itu akan memberi tumpuan kepada siswazah dan lulusan diploma yang masih belum mendapat pekerjaan.

“Saya akan umumkan langkah-langkah tambahan supaya kelompok yang tersisih daripada peluang pekerjaan termasuk siswazah menganggur ataupun yang lulusan diploma itu.
“Kita akan umumkan dalam masa singkat,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan sesi bersama institusi kewangan.

Foto: Bernama

Turut hadir dalam sesi tersebut ialah Gabenor Bank Negara Malaysia, Abdul Rasheed Ghaffour serta Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Johan Mahmood Merican.

Sebelum ini, kerajaan telah memperkenalkan beberapa langkah bagi membantu rakyat menghadapi kesan krisis bekalan global termasuk pengekalan harga petrol melalui program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) serta subsidi diesel di Sabah dan Sarawak.

Foto: Bernama

Selain itu, bantuan turut ditingkatkan menerusi inisiatif BUDI Diesel dan Agri-Komoditi, Insentif Pembajakan Kepada Pesawah (IPKP) serta jaminan pembiayaan sehingga RM5 bilion untuk membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Berdasarkan statistik semasa, kadar pengangguran di Malaysia kekal pada 2.9 peratus setakat Februari 2026 dengan jumlah penganggur seramai 506,800 orang.

Sumber: Bernama 

Scroll to Top