Isteri kepada usahawan kosmetik terkenal, Datin Seri Shahida Mohd Rashid, mencuri perhatian apabila berseloroh mengenai sikap suaminya, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, yang disifatkan sebagai artis paling sombong.
Label artis paling sombong

Menerusi hantaran di Threads, menurut Shahida, kenyataan itu dibuat sekadar gurauan apabila dia mendakwa suaminya amat sukar untuk dihubungi sama ada melalui mesej atau panggilan telefon.

“Banyak-banyak artis saya pernah jumpa yang paling sombong adalah Aliff Syukri.
“Saya mesej dia tak balas, saya call dia tak angkat, katanya tengah sibuk, tak ada masa,” jelasnya.

Perkongsian Shahida itu menerima pelbagai reaksi dalam kalangan warganet, dengan ramai yang memahami ia sekadar gurauan pasangan suami isteri yang mencuit hati.
Malah ada juga yang memahami jadual kerja usahawan itu yang dikatakan terlalu padat sehingga tiada masa untuk melihat telefon bimbitnya.
Tapi 24 jam depan mata

Dia pula artis nombor satu

Pulangkan balik kat mak dia

Artikel lain: Kongsi video nikah, netizen sifatkan Shahida isteri penyabar – “Hari kami gaduh lagi banyak dari…”
Terdahulu, usahawan itu menerima pujian daripada orang ramai apabila berkongsi rutin dan tradisi keluarganya setiap kali sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Difahamkan, setiap tahun mereka sekeluarga memilih untuk menyewa sebuah homestay sebelum berkumpul bersama ahli keluarga terdekat di Sungai Besar, Selangor.
Tujuan menyewa homestay untuk memudahkan urusan kunjungan tidak mahu anak-anak terlepas peluang untuk mengenali saudara-mara dengan lebih rapat memandangkan kebanyakan mereka jarang bertemu pada hari biasa.
Sumber: Threads shahidadherbs




