Tertinggal anak di stesen minyak, hanya sedar selepas 130km memandu

Tertinggal anak di stesen minyak, hanya sedar selepas 130km memandu
Tertinggal anak di stesen minyak, hanya sedar selepas 130km memandu

Kanak-kanak berkenaaan ditemui selamat oleh orang awam. – Foto media sosial.

THAILAND – Sepasang suami isteri hanya menyedari anak perempuan mereka berusia enam tahun tertinggal di stesen minyak selepas memandu lebih 130 kilometer dari lokasi berkenaan.

Memetik laporan media tempatan, kejadian pada 14 April lalu itu berlaku ketika mereka berhenti menggunakan tandas sebelum ditemui orang awam dan diserahkan kepada pihak polis dari Balai Polis Khao Din di wilayah Ratchaburi.

Menurut laporan, kanak-kanak itu memaklumkan kepada polis bahawa dia sebelum itu ke pantai di Cha-am, wilayah Phetchaburi bersama nenek dan keluarganya, namun tidak mengetahui nombor telefon penjaganya.

Polis kemudian menggunakan maklumat nama penuh yang diberikan bagi membuat semakan dalam sistem pendaftaran awam sebelum berjaya mengenal pasti ibu bapanya.

Tambah laporan itu, pihak polis segera menghubungi ibu bapa kanak-kanak berkenaan untuk hadir ke balai polis bagi menjemputnya.

Sepanjang berada dalam jagaan polis, kanak-kanak itu dilaporkan berada dalam keadaan selamat meskipun sedikit ketakutan.

Ibu bapanya kemudiannya hadir ke Balai Polis Khao Din untuk mengambil anak mereka.

 

Scroll to Top