Trending
SPRM dedah penyelewengan RM230 juta libatkan NGO, dana disalah guna untuk beli aset mewah. Bukan daripada institusi zakat!
Kes penyelewengan dana membabitkan sebuah NGO kini mengejutkan ramai apabila jumlahnya mencecah RM230 juta.
Menurut laporan Harian Metro, dana tersebut bukan daripada institusi zakat, sebaliknya datang daripada pelbagai sumber sumbangan dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Pesuruhjaya, Azam Baki,
Dalam siasatan terkini, NGO ini menerima dana sumbangan daripada pelbagai sumber termasuklah komisen yang diperoleh daripada kutipan tertentu untuk diserahkan kepada badan zakat (sebuah negeri).
Dana tak sampai, diseleweng untuk kepentingan peribadi

Apa yang lebih mengejutkan, sebahagian dana yang sepatutnya disalurkan kepada badan zakat langsung tidak sampai ke destinasi.
Sebaliknya, ia dipercayai telah digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk kepentingan peribadi termasuk pembelian aset mewah.
Bagaimanapun dana ini tidak sampai ke tujuan yang sepatutnya, sebaliknya ada dalam kalangan mereka yang tidak bertanggungjawab menyeleweng dana-dana ini untuk kepentingan peribadi termasuk membeli aset-aset mewah.
SPRM sahkan siasatan sedang dijalankan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan bahawa siasatan sedang dijalankan dan tindakan akan diambil kerana perbuatan ini jelas melanggar undang-undang.
“Perbuatan itu adalah salah di sisi undang-undang dan siasatan dijalankan oleh SPRM.
Pssttt! Amanah adalah tanggungjawab besar, lebih-lebih lagi melibatkan dana orang ramai. Jangan khianati kepercayaan kerana akibatnya bukan sahaja di dunia, malah di akhirat.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.




