Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa kecewa susulan penahanan beberapa individu yang disyaki terlibat dalam penyelewengan dana zakat berjumlah RM230 juta.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Aliff berkata zakat adalah hak untuk golongan miskin dan asnaf namun semudah itu ‘disakau’ oleh pihak tidak bertanggungjawab.
BACA: Bukan Ikat Jamin Suami, Duit RM40,000 Aliff Syukri Untuk Langsai Hutang – Azar Azmi
“Kau punya hati ini apa ya? Hati binatang atau hati apa? Tengok, duit zakat pun nak sakau. Kau tahu tak duit itu untuk fakir miskin, ibu tunggal dan pelajar. Kau sakau apa hal?
“Fikir. Patutnya dapat untuk orang miskin, lepas itu orang duk merayu-rayu minta zakat tak dapat-dapat, kaulah puncanya,” katanya.
Sementara itu, Aliff berkata susulan apa yang berlaku itu sekaligus memberi kesan kepada penerima zakat serta kepercayaan orang ramai terhadap badan yang menguruskannya.
memberi kesan kepada penerima zakat, malah berpotensi merosakkan keyakinan masyarakat terhadap institusi zakat secara keseluruhan.
“Lepas itu, tak fasal-fasal yang mencurinya seorang tetapi semua zakat lain pula terpalit. Orang jadi takut nak bagi zakat kepada pusat zakat,” katanya.




