Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq mendedahkan beberapa realiti sebenar dunia politik yang tidaklah mewah seperti yang disangka ramai orang.
Katanya menerusi sesi temu bual bersama audio siar, Lebih Masa, pendapatan orang di laur sana jauh lebih besar daripada mereka yang terlibat dalam politik.
“Bila saya diberikan peluang untuk bekerja di luar politik walaupun dananya di berikan kepada Muar, the pay outside is so much better,” katanya.
Dalam pada itu, Saddiq juga turut membuat perbandingan mengenai bayaran yang diterimanya dan Bella ketika terlibat dalam beberapa kolaborasi.
“Saya dah kongsikan dengan tunang saya, kalau dia pergi buat konsert/menyanyi,dia menyanyi satu malam tu bersamaan gaji saya semalam.
“Dan kalau saya sebulan pergi shooting ia bersamaan dengan sebulan gaji saya,”kongsinya.
Mengulas lanjut, ketika disoal mengenai penglibatan Bella dalam dunai politik selepas bergelar isteri, Saddiq menegaskan, dia tidak mahu Bella mengorbankan kerjayanya demi menyokong usaha politik yang dilakukannya.
“Sekarang saya jauh lagi bahagia kerana saya ada dunia di luar politik dan dunia lebih membahagiakan. Mungkin sebelum ini saya tak ada masa dan peluang untuk fikir ada masa untuk berumah tangga sendiri. Dan ia memberikan kepuasan dan kebahagiaan luar biasa.
“When you marry a normal person? Ada banyak perbincangan berkenaan masa depan sebab saya tak nak impian saya sahaja yang tercapai sehingga mengabaikan impian pasangan saya. It’s not right. Not Fair! Dan saya tak nak sebab impian saya, impian pasangan terkubur untuk menjadi wanita bekerjaya. Boleh dikatakan jauh lebih baik daripada saya
“Jadi dalam bab ini kena cari jalan tengah tapi itu yang sedikit risau sebab ia dipanggil cooling period. Dan kita berdoa, kita boleh.
“Kalau orang mempertikaikan selepas ini tunang tak boleh menyanyi dan sebagainya kena hadir acara-acara rasmi, saya tidak bersetuju. It’s not fair ! Kerana impian saya, impian kamu perlu dikorbankan. Dia boleh ajar saya menari, tapi dia tak boleh join politik,” jelasnya.
Artikel Berkaitan:Syed Saddiq Didakwa DM Wanita Lain, Pengurus Peribadi Tampil Respons – “Nak Pisahkan Orang Dengan Cara Ni, Fikir Dalam-Dalam Bos”
Artikel Berkaitan:Terlibat Dalam Telefilem Bersama Bella Astillah, Fokus Syed Saddiq Tetap Di Parlimen – “Dalam Hal Ni Saya Jadi Partner Paling Supportive”
Artikel Berkaitan:“Insyaa-Allah Kami Akan Melangsungkan Perkahwinan Pada Tahun Ini” – Syed Saddiq




