Banjir Taman Sri Muda: Mahkamah putuskan kerajaan bertanggungjawab

Banjir Taman Sri Muda: Mahkamah putuskan kerajaan bertanggungjawab

Shah Alam: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini memutuskan kerajaan bertanggungjawab terhadap banjir besar yang berlaku di Taman Sri Muda pada Disember 2021 hingga menyebabkan penduduk kerugian berjuta ringgit.

Keputusan itu dibuat dalam saman difailkan 50 penduduk yang mendakwa pihak berkuasa cuai dan gagal melaksanakan tanggungjawab mereka dalam menangani bencana berkenaan.

Peguam Kanan Persekutuan, Liew Horng Bin ketika ditanya sama ada kerajaan akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu berkata, beliau tidak berada dalam kedudukan untuk memberikan komen buat masa ini.

Penduduk terbabit menyaman kerajaan dan sembilan pihak lain, dengan mendakwa kegagalan dalam pengurusan banjir, sistem perparitan, amaran cuaca serta tindak balas bencana menyumbang kepada kerugian yang mereka alami.

Mereka menuntut ganti rugi khas berjumlah RM3,767,148.51, selain ganti rugi am dan ganti rugi teruk.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top