LATEST
National

Norza dipilih Ikon Sukan Terbaik pada SEBA ASEAN Elite Edition 2025/2026 Awards

Norza dipilih Ikon Sukan Terbaik pada SEBA ASEAN Elite Edition 2025/2026 Awards

KUALA LUMPUR: Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria menerima pengiktirafan Ikon Sukan Terbaik pada SEBA ASEAN Elite Edition 2025/2026 Awards, di sini malam ini.

Baca juga: Syarikat OGSE Malaysia jana jualan eksport RM114.82 juta

Di majlis sama, 38 individu turut diiktiraf membabitkan pelbagai organisasi dan jenama atas pencapaian dalam bidang perniagaan, inovasi, perusahaan sosial, hospitaliti, media, budaya serta ekonomi kreatif.

Antara penerima lain ialah pemilik jenama kafe kopi tempatan, Datuk Calvin Chan yang dinobatkan sebagai Usahawan Terbaik, manakala Datuk Nelson Fernandez menerima anugerah Ikon Media Terbaik.

Penyanyi Ernie Zakri pula dinobatkan Usahawan Selebriti Terbaik, manakala BABA’S menerima anugerah Jenama Ikonik Terbaik.

Pada masa sama, Veronica Tang Siok Choo daripada Big Orange Super Tech Group Sdn Bhd turut menerima Anugerah Kepimpinan Media Antarabangsa 2026.

Mengulas anugerah itu, Norza berkata pengiktirafan menunjukkan usaha selama ini yang menyumbang kepada pembangunan sukan negara dihargai dan menjadi inspirasi untuk dirinya terus bekerja lebih keras.

“Saya bersyukur atas penghormatan dan pengiktirafan yang diberikan. Ini menunjukkan usaha selama ini untuk memberi sumbangan kepada pembangunan sukan negara dihargai.

“Saya amat menghargai anugerah ini dan ia juga akan memberi inspirasi kepada saya untuk bekerja lebih kuat,” katanya dalam sidang media 2025/2026 di Pusat Konvensyen KLGCC, di sini hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Yayasan Usahawan Malaysia (YUM), Datuk Nitesh Malani, berkata semua penerima anugerah berkenaan mencerminkan cita-cita, disiplin dan kesungguhan dalam memacu kemajuan industri masing-masing.

“Kesemua penerima anugerah malam ini membuktikan kemajuan bukan hanya bergantung kepada pencapaian individu, tetapi didorong kerjasama, perkongsian idea dan sokongan komuniti.

“Majlis ini juga mengiktiraf pelbagai bentuk kejayaan, termasuk usaha membangunkan perniagaan mampan, memajukan industri menerusi idea baharu dan membawa perubahan positif kepada masyarakat,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

More in National

View all

Latest news