LATEST

Dua rentung dalam kemalangan di Rengit

Dua rentung dalam kemalangan di Rengit

am@hmetro.com.my

Baca juga: Mengawal Kemarahan Ikut Pesanan Nabi: 4 Langkah Mudah

Batu Pahat: Dua individu ditemui rentung selepas kereta dinaiki mereka kemalangan dengan sebuah kereta lain di Jalan Jaya Diri, Rengit, dekat sini, malam tadi.

Dalam nahas 7.50 malam itu, mangsa iaitu lelaki berusia 22 tahun dan remaja perempuan berumur 17 tahun maut dipercayai terperangkap dalam Proton Saga BLM yang terbakar.

Dua lagi mangsa berusia 37 tahun dan 61 tahun yang menaiki Proton Wira pula cedera.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rengit, Mohd Khairul Azmi Ngatman berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 8.01 malam dan enam anggota digerak ke lokasi.

“Kemalangan menyebabkan Proton Saga BLM terbakar kira-kira 60 peratus dan berdasarkan keterangan saksi, terdapat dua mangsa yang terperangkap dalam kenderaan berkenaan.

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) menjalankan operasi pemadaman dan mengeluarkan mangsa yang rentung sebelum mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, PKO juga membantu mengeluarkan pemandu dan penumpang Proton Wira yang tersepit.

“Ambulans yang hadir di lokasi memberikan rawatan awal kepada mangsa cedera,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Latest news