
Orhan Avci (kanan) bersama Sait Mocu dan.- Agensi
KARLIOVA – Seorang ahli politik tempatan di Turkiye mencuri perhatian pengguna media sosial antarabangsa selepas gambar beliau tular kerana misai luar biasa yang tebal dan menonjol.
Orhan Avci yang baru dilantik sebagai pengerusi parti Huzur di daerah Karlıova, wilayah Bingöl di timur Turkiye, menjadi tumpuan selepas partinya berkongsi gambar beliau bersama pengerusi wilayah, Sait Mocu sempena pelantikan tersebut.
Gambar berkenaan segera mencetuskan perhatian meluas di internet, bukan kerana agenda politiknya, sebaliknya disebabkan misai Avci yang sangat lebat.
Netizen menyifatkan penampilan itu sebagai luar biasa, malah ada yang bergurau bahawa misai tersebut hampir ‘mengalih perhatian sepenuhnya’ daripada ciri lain wajah beliau.-Agensi


