KUALA LUMPUR – Kempen Gandakan Kebaikan oleh Tropicana Twister mencatat pencapaian penting apabila rumah untuk keluarga yang memerlukan berjaya disiapkan dan diserahkan, sekali gus membuktikan usaha digerakkan di seluruh negara membuahkan hasil.
Projek yang dilaksanakan bersama EPIC Homes itu menyumbang kepada pembinaan hingga 100 buah rumah untuk golongan sasaran termasuk keluarga Orang Asli di seluruh Malaysia.
Pengarah Kanan Francais PepsiCo, Aditya Sheoran berkata, bermula dengan seruan ringkas untuk berbuat baik pada bulan Ramadan, usaha tersebut kini diterjemahkan kepada kediaman yang selamat dan selesa, seterusnya memberikan perlindungan, kestabilan dan peluang kepada keluarga berkenaan membina masa depan lebih baik.
“Gandakan kebaikan mencerminkan kepercayaan kami bahawa perubahan yang bermakna terhasil apabila komuniti bersatu dengan matlamat sama.
“Melalui inisiatif ini, kami bukan sahaja membina rumah, tetapi turut mewujudkan asas yang lebih kukuh agar keluarga dapat terus berkembang pada hari ini dan masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Dalam pada itu, Ketua Pemasaran PepsiCo Malaysia Beverages, Jennifer Lee berkata, kempen berkenaan bermula daripada amalan kecil setiap individu.

Suasana hiba ketika sesi penyerahan kediaman berkenaan kepada keluarga terlibat.
Beliau menyifatkan rakyat negara ini sentiasa tampil untuk membantu antara satu sama lain dan semangat itu akan kekal.
“Inilah saat apabila niat diterjamahkan kepda impak dan hari ini hasilnya jelas kelihatan.
“Bagi keluarga yang tinggal dalam keadaan tidak selamat, kebimbangan sentiasa menghantui, terutamanya ketika hujan lebat.
Justeru katanya, sebagai sebuah jenama pihaknya percaya pada kekuatan kebaikan yang dikongsi bersama.
“Projek ini adalah tentang merealisasikan kepercayaan tersebut kepada tindakan dan menyatukan masyarakat untuk mencipta impak yang berkekalan.
“Seperti setiap rangka dan papan yang membentuk sebuah rumah, setiap individu memainkan peranan penting dalam menjayakan perjalanan ini,” katanya.
Sementara itu, Penolong Pengurus, Pengumpulan Dana & Kerjasama, EPIC Homes, Nadhira Halim berkata, sebuah rumah daripada EPIC Homes memberi mereka ruang untuk berasa lebih terlindung.
Ujarnya, kediaman itu bukan sekadar tempat berteduh tetapi turut membawa ketenangan, kestabilan dan harapan untuk masa depan yang lebih baik.
Kempen yang bermula sejak Ramadan itu memberi impak jangka masa panjang kepada komuniti setempat sekali gus mengukuhkan komitmen Tropicana Twister dalam mencipta perubahan berpanjangan.



