Kalau sebelum ni urusan bank nampak “serius”, kali ni lain macam sikit. Agrobank tampil dengan pendekatan lebih santai dan interaktif menerusi program FUNancial Day 2026 yang bakal berlangsung pada 28 dan 29 April ini.
Menariknya, program ini bukan kecil-kecilan. Sebanyak 143 cawangan di seluruh negara akan terlibat serentak, menjadikan setiap cawangan seolah-olah “mini event” untuk pelanggan datang explore produk kewangan dengan lebih dekat.

Sepanjang dua hari tersebut, pelanggan bukan saja boleh dapatkan info tentang servis kewangan, malah turut berpeluang menikmati pelbagai aktiviti menarik, sesi nasihat kewangan serta tawaran eksklusif yang jarang dibuat secara besar-besaran macam ni.
Antara yang paling mencuri perhatian mestilah kempen Mega Million 3.0 Raya, di mana pelanggan berpeluang memenangi emas 10 gram setiap bulan, selain hadiah lebih besar seperti Proton X50 dan juga Ford Ranger Raptor sebagai hadiah utama.
Tak cukup dengan itu, Kempen Peluang Keemasan pula bagi peluang beli emas serendah RM10, sambil berpeluang bawa pulang Honda Vario 125. Rare weh, beli sikit tapi peluang besar.
Untuk golongan muda, Agrobank turut selitkan kempen NextGen dengan figurin eksklusif edisi terhad. Nampak macam simple, tapi memang ada daya tarikan tersendiri, especially untuk tarik minat generasi baru kenal dunia kewangan.
Dalam masa sama, pelbagai produk pembiayaan turut ditawarkan termasuk AGROCash-i dengan kadar serendah 2.62%, Ar-Rahnu dengan margin pembiayaan sehingga 80%, serta pelan takaful kemalangan diri dengan hadiah eksklusif untuk pendaftaran.
Program ni terbuka untuk semua tau korang. Tak kira pelanggan lama atau baru, individu, usahawan kecil, PKS sampai ke komuniti setempat. Pendek kata, siapa-siapa pun boleh join dan ambil peluang.
Dengan konsep lebih dekat dengan rakyat, FUNancial Day 2026 dilihat sebagai usaha Agrobank untuk bukan saja tarik pelanggan, tapi juga bagi kesedaran tentang pengurusan kewangan dalam cara yang lebih santai dan mudah faham.
Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh terus singgah mana-mana cawangan Agrobank hujung bulan ni. Mana tahu, datang survey je…balik-balik menang hadiah besar. Hiks.




