Pelakon dan pengacara popular, Alif Satar berkongsi pesanan penuh makna apabila mengingatkan bahawa mengenai nilai sebenar harta dan kehidupan, yang mencetuskan pelbagai respons dalam kalangan warganet.
Menerusi perkongsian di Threads, Alif, 35, menegaskan, kekayaan duniawi bukanlah ukuran kejayaan sebenar di sisi Tuhan, sebaliknya apa yang dilakukan dengan rezeki tersebut adalah penentunya.
“Banyak pengajaran dan peringatan aku dapat. Bukan Porsche Red Cabrio, duit RM230 juta jadi tanda kejayaan. Takda nilai langsung disisi Dia,”katanya.
Jelasnya, meskipun nilai wang yang diberikan kecil tetapi jika digunakan untuk membantu orang lain, ia mampu menjadi asbab kebaikan yang besar bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi untuk masyarakat umunya.

Dalam pada itu, Alif turut berkongsi petikan surah Al-An’am yang menyatakan dunia ini hanyalah sekadar permainan dan senda gurau.
“Tapi dengan hanya RM140 ringgit duit repair motor kau tolong orang, itu yang akan jadi asbab ke syurga esok.
“Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah permainan dan senda gurau. Surah Al-An’am ayat 32.
“Duit hanyalah alat. RM230 juta, dengan RM140 memang jauh beza nilai dia, tapi apa kau buat dengannya, itu yang membezakan kau,” jelasnya.




