UAE hantar 100 tan bantuan makanan ke Gaza di bawah ‘Jambatan Udara Humaid’

UAE hantar 100 tan bantuan makanan ke Gaza di bawah ‘Jambatan Udara Humaid’
UAE hantar 100 tan bantuan makanan ke Gaza di bawah ‘Jambatan Udara Humaid’

Penghantaran itu merangkumi 3,300 bungkusan berisi bekalan makanan yang bertujuan untuk memenuhi keperluan pemakanan asas penduduk di Semenanjung Gaza.

SHARJAH – Sebuah pesawat bantuan yang membawa lebih 100 tan bekalan bantuan dan barangan makanan asas berlepas pada pagi Jumaat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sharjah untuk menyokong rakyat Palestin di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Emiriah (WAM).

Inisiatif itu merupakan sebahagian daripada “Jambatan Udara Humaid” dan dilaksanakan di bawah arahan Sheikh Humaid bin Rashid Al Nuaimi, Ahli Majlis Tertinggi dan Pemerintah Ajman, dengan kerjasama Operasi Chivalrous Knight 3.

Penghantaran itu merangkumi 3,300 bungkusan berisi bekalan makanan yang bertujuan untuk memenuhi keperluan pemakanan asas penduduk di Semenanjung tersebut, dalam usaha kemanusiaan berterusan UAE untuk menyokong rakyat Palestin.

Operasi Chivalrous Knight 3 meneruskan usaha kemanusiaan dan bantuannya, termasuk mengendalikan sebuah hospital lapangan dan Hospital Terapung UAE di bandar Al Arish, Mesir, dengan kapasiti sehingga 100 katil dan dikendalikan oleh pasukan perubatan pakar merentasi bidang pembedahan am, ortopedik, pediatrik, obstetrik dan ginekologi, serta rawatan rapi.

Enam loji penyahgaraman juga dibina untuk membekalkan air setiap hari ke Gaza. – Bernama/WAM

Scroll to Top