Penduduk Palestin mengundi pada pilihan raya pertama

Penduduk Palestin mengundi pada pilihan raya pertama
Penduduk Palestin mengundi pada pilihan raya pertama

Seorang pemuda Palestin membuang undi di bandar Jenin. – Foto AFP

RAMALLAH – Penduduk Palestin di Tebing Barat dan tengah Genting Gaza mengundi pada pemilihan pertama pada Sabtu, di tengah-tengah situasi keselamatan yang masih tidak menentu di wilayah tersebut.

Hampir 1.5 juta termasuk 70,000 di Deir al-Balah di Gaza mendaftar untuk menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Perbandaran tersebut.

Rakaman AFP menunjukkan kehadiran pengundi di al-Bireh, Tebing Barat dan pusat pengundian di Gaza yang dibuka pada jam 7 pagi (waktu tempatan).

Kebanyakan senarai calon pilihan raya mewakili parti nasionalis, Fatah pimpinan Presiden Mahmoud Abbas atau bertanding sebagai calon bebas.

Difahamkan, tiada calon yang bergabung dengan gerakan Hamas yang mengawal hampir separuh daripada kawasan di Gaza.

Di kebanyakan bandar, senarai calon yang disokong Fatah bersaing dengan senarai bebas yang diketuai calon daripada kumpulan seperti Barisan Popular untuk Pembebasan Palestin (PFLP).

Gaza yang berada di bawah kawalan Hamas sejak 2007 bakal menyaksikan pengundian pertama sejak pilihan raya 2006 yang dimenangi gerakan Islamis itu.

Deir El-Balah dipilih kerana ia merupakan antara satu-satunya kawasan di Gaza di mana penduduknya masih kekal di tempat asal dan tidak dipindahkan akibat perang ganas selama lebih dua tahun yang tercetus antara Hamas dan Israel. – AFP

Scroll to Top