Dunia pinggirkan Perang Sudan

Dunia pinggirkan Perang Sudan
Dunia pinggirkan Perang Sudan

Perebutan kuasa antara Jeneral Abdel Fattah al-Burhan (kiri) yang memimpin SAF dan Mohamed Hamdan Dagalo yang mengetuai RSF telah menyebabkan perang saudara yang kini memasuki tahun keempat. Sumber Agensi

KHARTOUM – Perang Sudan yang berlarutan selama empat tahun telah menjerumuskan negara itu ke dalam krisis kemanusiaan dahsyat selain menyebabkan kira-kira 14 juta hilang tempat tinggal.

Ia berpunca daripada konflik bersenjata antara Pasukan Sokongan Pantas (RSF) dan Angkatan Tentera Sudan (SAF) yang tercetus pada 15 April 2023 setelah usaha peralihan kepada pemerintahan awam gagal susulan kebangkitan rakyat yang menggulingkan bekas Presiden Omar al-Bashir pada 2019.

Situasi keselamatan di negara Afrika Utara itu masih meruncing disebabkan pertempuran yang masih sengit.

Situasi keselamatan di negara Afrika Utara itu masih meruncing disebabkan pertempuran yang masih sengit.

Perang tersebut yang telah meragut hampir 60,000 nyawa turut menyebabkan sebahagian wilayah Sudan mengalami kebuluran. Jumlah individu yang mengalami kekurangan zat makanan akut yang teruk dijangka meningkat kepada 800,000 orang.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kira-kira 34 juta orang iaitu hampir dua daripada tiga rakyat negara Afrika Utara itu memerlukan bantuan.

Kumpulan kanak-kanak yang tidak dapat bersekolah terpaksa mengikuti sesi pembelajaran di bawah pokok.

Kumpulan kanak-kanak yang tidak dapat bersekolah terpaksa mengikuti sesi pembelajaran di bawah pokok.

Selain itu, hanya 63 peratus kemudahan kesihatan masih berfungsi sepenuhnya atau separa beroperasi di tengah-tengah penularan penyakit serius termasuk kolera.

“Rayuan daripada saya: Usah pinggirkan nasib rakyat Sudan kerana tumpuan lebih diberikan kepada konflik lain,” kata pegawai kanan PBB di Khartoum, Denise Brown yang dengan lantang mengkritik kegagalan komuniti antarabangsa untuk menghentikan pertempuran ganas yang masih berterusan.

Hanya 63 peratus kemudahan kesihatan masih berfungsi sepenuhnya atau separa beroperasi.

Hanya 63 peratus kemudahan kesihatan masih berfungsi sepenuhnya atau separa beroperasi.

SAF dikatakan telah menguasai kawasan utara, timur dan tengah termasuk pelabuhan Laut Merah serta kilang penapisan dan paip minyaknya.

RSF bersama sekutunya pula mengawal Darfur dan kawasan di wilayah Kordofan yang terletak bersempadan dengan Sudan Selatan. Kedua-dua wilayah itu kaya dengan medan minyak dan lombong emas.

Sebuah keluarga antara ribuan penduduk yang nekad menyeberangi sempadan ke negara jiran seperti Chad untuk mencari perlindungan.

Sebuah keluarga antara ribuan penduduk yang nekad menyeberangi sempadan ke negara jiran seperti Chad untuk mencari perlindungan.

Insiden keganasan masih berleluasa di Darfur, Kordofan dan Sungai Nil Biru. Pelanggaran hak asasi manusia termasuk berkaitan serangan seksual, penculikan, rekrut secara paksa dan pembunuhan beramai-ramai turut dilaporkan serta mengancam orang awam terutamanya wanita dan kanak-kanak.

“Kami terpaksa lari ke sana sini untuk menyelamatkan diri,” ujar Amina yang meninggalkan Khartoum bersama empat anaknya setelah suami wanita itu hilang tanpa jejak pada fasa awal perang tersebut.

Lebih 80 peratus keluarga terpaksa bergantung kepada makanan diagihkan agensi bantuan.

Lebih 80 peratus keluarga terpaksa bergantung kepada makanan diagihkan agensi bantuan.

Jumlah kanak-kanak mengalami malnutrisi telah meningkat dua kali ganda dan situasi kian meruncing berikutan pusat kesihatan tidak lagi dapat menampung kebanjiran golongan tersebut.

Ketika ini, harga minyak di Sudan juga telah melonjak kepada lebih 24 peratus akibat daripada Perang Iran.

Penduduk turut bergelut untuk mendapatkan bekalan air bersih.

Penduduk turut bergelut untuk mendapatkan bekalan air bersih.

Impak perang tiada kesudahan itu turut dirasai seluruh Afrika Timur dan telah menjadi masalah keselamatan serantau.

Hal ini kerana gelombang pelarian, gangguan laluan perdagangan dan ketegangan politik mula memberi kesan kepada negara-negara jiran.

Seorang wanita menyediakan makanan untuk mengisi perut anak-anaknya.

Seorang wanita menyediakan makanan untuk mengisi perut anak-anaknya.

Scroll to Top