Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melantik Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai Ikon Keselamatan Jalan Raya JPJ selaras usaha memperkukuh advokasi keselamatan jalan raya dalam kalangan masyarakat.
JPJ dalam kenyataan berkata pelantikan tersebut dibuat berdasarkan kredibiliti, pengaruh serta penerimaan meluas penyanyi itu dalam kalangan rakyat skaligus mampu sampaikan mesej kesedaran keselamatan jalan raya secara lebih berkesan dan menyeluruh.
BACA: “Yang Tanya Tu Solat Tak?” – Rita Rudaini Pertahan Siti Nurhaliza
“Inisiatif ini menzahirkan pendekatan holistik JPJ yang tidak hanya tertumpu penguatkuasaan semata-mata, tetapi turut memberi penekanan elemen advokasi dan pendidikan sebagai strategi dalam mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.
“Peranan dimainkan ikon ini penting dalam memperluas capaian kempen keselamatan serta membentuk sikap dan budaya pemanduan berhemah dalam kalangan rakyat,” katanya.
Terdahulu, Perdana Menteri diiringi Ketua Pengarah JPJ, Aedy Fadly Ramli menyerahkan plak sebagai simbolik pelantikan itu sempena Sambutan Ulang Tahun ke-80 JPJ.




